Archive for April 3, 2012

Dialek Utara 

Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan bahasa standard.

  • Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku. Ianya sedikit berbeza dengan bahasa melayu standard kerana sebutan vokal ‘a’ dihujung kata bahasa melayu standard akan digantikan dengan bunyi vokal ‘e’.

menurut data yang diperoleh dalam perisian Antcont ini,ternyata banyak perkataan yang diujar menggunakan dialek utara bebanding perkataan yang diujar dalam bahasa melayu standard.
  • Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’.

Dalam dialek utara pengucapan “r” dalam bahasa standard adalah q(yang sama dengan bunyi ghain dalam bahasa Arab, dan bunyi ini dalam ilmu Fonetik dinamakan frikatif uvular.)

 

  • bunyi ‘r’ di awal dan di tengah kata digantikan dengan bunyi ‘gh’
Aspek-aspek yang di atas adalah aspek yang ketara dilihat perbezaannya antara dialek utara dengan bahasa Melayu standard atau baku.
Selain aspek-aspek di atas,terdapat beberapa aspek lain yang kewujudannya dilihat sebagai minoriti  dalam ceramah ini. Aspek tersebut ialah :
  • Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia/ya’

 

  • pengguguran huruf ‘h’ jika berada di depan vokal ‘i’

 

  • pengantian konsonan ‘s’ di akhir kata kepada konsonan ‘h’

 

rujuk perkataan berikut :

D.UTARA                     B.MELAYU

berbarih    ———>  berbaris

lepaih         ———>   lepas

nangih        ———>  nangis

teghuih       ———>  terus

 

Banyak lagi aspek perbezaan yang dapat dilihat tetapi ianya tidak begitu jelas dalam kajian video ini seperti aspek pemendekkan kata di mana ustaz Don ada menggunakan perkataan yang dipendekkan seperti :

  • itu           ———->      tu
  • ini            ———->      ni
  • tidak       ———->      dak
  • pergi       ———->      pi
  • duduk     ———->     dok

3.1 Metodologi Kajian

Posted: April 3, 2012 in 3.0 Metodologi Kajian
  • KEPUSTAKAAN:  Dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang mugkin membantu kajian. Bahan rujukan di ambil daripada buku-buku ilmiah dan internet.
  •  MUAT TURUN DATA: Data kajian diperolehi daripada video ceramah agama bertajuk “Anak Aset ke Syurga atau Neraka” daripada Ustaz Don Daniyal yang dimuat turun dari YOUTUBE. Video ini dipilih kerana kualiti audio yang baik dan suara penceramah yang sangat jelas.Ini dapat membantu memudahkan kajian.
  • TRANSKRIPSI : Setiap butir perkataan yang dikeluarkan akan ditranskrip ke dalam bentuk tulisan bagi memudahkan kajian.Transkripsi ini dibuat dalam tulisan biasa tanpa menggunakan sebarang simbol fonetik bagi mengelakkan masalah apabila menggunakan perisian Antcont.
  • ANTCONC : Teks yang siap ditranskrip di kaji semula secara manual sebelum menggunakan peisian AntConc bagi mengesan penggunaan unsur dialek dalam ceramah yang disampaikan dan mendapatkan data kajian dengan lebih tepat.

1.4 Kepentingan Kajian

Posted: April 3, 2012 in 1.0 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penggunaan unsur dialek dalam ceramah Ustaz Don justeru mengetahui serba sedikit mengenai dialek yang digunakan iaitu dialek utara dalam ceramah yang bertajuk “Anak Aset ke Syurga atau Neraka” ini. Kajian ini akan memberi lebih kefahaman kepada penutur asing atau penutur bukan natif dialek ini untuk memahami apa yang diujarkan oleh penceramah iaitu Ustaz Don Daniyal. Kefahaman ini akan membuatkan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima tanpa ada sebarang masalah dalam menginterpretasi makna perkataan yang diujarkan.