4.1 Analisis Dapatan Kajian

Posted: April 3, 2012 in 4.0 Dapatan Kajian

Dialek Utara 

Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan bahasa standard.

  • Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku. Ianya sedikit berbeza dengan bahasa melayu standard kerana sebutan vokal ‘a’ dihujung kata bahasa melayu standard akan digantikan dengan bunyi vokal ‘e’.

menurut data yang diperoleh dalam perisian Antcont ini,ternyata banyak perkataan yang diujar menggunakan dialek utara bebanding perkataan yang diujar dalam bahasa melayu standard.
  • Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’.

Dalam dialek utara pengucapan “r” dalam bahasa standard adalah q(yang sama dengan bunyi ghain dalam bahasa Arab, dan bunyi ini dalam ilmu Fonetik dinamakan frikatif uvular.)

 

  • bunyi ‘r’ di awal dan di tengah kata digantikan dengan bunyi ‘gh’
Aspek-aspek yang di atas adalah aspek yang ketara dilihat perbezaannya antara dialek utara dengan bahasa Melayu standard atau baku.
Selain aspek-aspek di atas,terdapat beberapa aspek lain yang kewujudannya dilihat sebagai minoriti  dalam ceramah ini. Aspek tersebut ialah :
  • Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia/ya’

 

  • pengguguran huruf ‘h’ jika berada di depan vokal ‘i’

 

  • pengantian konsonan ‘s’ di akhir kata kepada konsonan ‘h’

 

rujuk perkataan berikut :

D.UTARA                     B.MELAYU

berbarih    ———>  berbaris

lepaih         ———>   lepas

nangih        ———>  nangis

teghuih       ———>  terus

 

Banyak lagi aspek perbezaan yang dapat dilihat tetapi ianya tidak begitu jelas dalam kajian video ini seperti aspek pemendekkan kata di mana ustaz Don ada menggunakan perkataan yang dipendekkan seperti :

  • itu           ———->      tu
  • ini            ———->      ni
  • tidak       ———->      dak
  • pergi       ———->      pi
  • duduk     ———->     dok
Comments
  1. Nurzulaika says:

    dapatan kajian yang sangat baik😀

  2. ninglusiew says:

    Perisian Antconc memang membantu dalam mendapat data kajian. Penjelasan yang baik membantu pembaca senang untuk memahami kajian ini.

  3. nurmastura says:

    perisian ini seharusnya diperkenalkan lagi kepada masyarakat di luar sana. pasti ramai yang kurang tahu apa itu Anconc.

  4. fadzilzainol says:

    pengunaan Konkordans dengan baik..:)

  5. dapatan kajian yang menarik:)

  6. Syabas! Akademik dan memuaskan.

  7. Sudah disemak. Syabas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s