Archive for March, 2012

1.3 Objektif Kajian

Posted: March 27, 2012 in 1.0 Pengenalan

Kajian ini dijalankan berpandu kepada dua objektif utama iaitu:

  1. Meneliti penggunaan unsur dialek utara dalam ceramah yang disampaikan.
  2. Menganalisis perbezaan dialek utara dengan bahasa melayu stadard.

Dengan adanya objektif ini,diharapkan kajian lebih terfokus dan tidak menyimpang.

1.2 Latar Belakang Kajian

Posted: March 27, 2012 in 1.0 Pengenalan

Kajian ini berlatar belakangkan sebuah ceramah bertajuk ” Anak Aset ke Syurga atau Neraka” yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih  dikenali dengan panggilan Ustaz Don dilahirkan pada 14 November 1984 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Qiraat Shoubra,Mesir. Beliau merupakan seorang pensyarah muda di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di samping bergiat sebagai pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor. Di samping itu, Ustaz Don juga mengacarakan slot rancangan “30 Minit bersama Ustaz Don” di TV Al-Hijrah. Beliau yang mempunyai gaya penyampaian yang bersahaja lebih diminati ramai kerana kelainan yang dibawa mampu menarik minat pendengar dan apa yang disampaikan lebih meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh itu,pengkaji mengambil keputusan untuk menjadikan salah satu video ceramahnya sebagai  bahan kajian bagi projek kali ini.

1.1 Pendahuluan

Posted: March 26, 2012 in 1.0 Pengenalan

Komunikasi merupakan aspek penting dalam proses penyampaian maklumat. Wacana yang hendak disampaikan haruslah jelas dan boleh difahami. Aspek penyampaian maklumat adalah sangat penting bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan itu dapat diterima oleh orang lain sama ada dalam bentuk tulisan mahupun ujaran.

Sebagai medium bagi memperlihatkan komunikasi,kumpulan saya memilih untuk meneliti beberapa video ceramah agama bagi mendapatkan wacana penyampaian maklumat. Video-video ini dimuat turun dan dilihat beberapa kali bagi memastikan kualiti audio itu didengari dan tidak mempunyai banyak gangguan bunyi bagi memudahkan proses transkripsi. Satu video ceramah agama bertajuk ” Anak Aset ke Syurga atau Neraka” yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal telah dipilih sebagai bahan kajian dan segala ujaran telah ditranskripsikan.

Aspek yang akan diteliti melalui audio dan transkrip yang menjadi pilihan saya adalah penggunaan unsur dialek dalam ucapan semasa ceramah.

TAJUK :

Posted: March 26, 2012 in Projek 1, Tajuk

KAJIAN UNSUR DIALEK UTARA DALAM CERAMAH USTAZ DON DANIYAL

This slideshow requires JavaScript.