ANALISIS SOAL SELIDIK KAJIAN DIALEK KEDAH-SURVEY MONKEY

Posted: May 21, 2012 in Projek 2
  • ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DIALEK MELAYU KEDAH?
JAWAPAN BILANGAN
YA 9
TIDAK 1

Daripada data yang diperoleh, sebanyak 9 orang menjawab YA bagi soalan ini dan hanya seorang yang  menjawab TIDAK bagi soalan ini. Dialek melayu Kedah ialah dialek yang dituturkan di negeri Kedah dan mempunyai perbezaan fonologinya dengan dialek-dialek negeri lain.

  • ADAKAH ANDA TAHU PERBEZAAN DIALEK MELAYU KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD ?
JAWAPAN BILANGAN
YA 8
TIDAK 2

sebanyak 8 orang responden menjawab YA bagi soalan ini dengan menyatakan mereka tahu perbezaan dialek Melayu Kedah dengan bahasa Melayu standard. Bahasa Melayu standard adalah bahasa yang sering digunakan dalam percakapan dan tidak berunsurkan dialek dan aksennya lain dari bahasa baku. selalunya bahasa standart ini menggantikan vokal ‘a’ di akhir kata kepada vokal ‘e’. Contohnya : sama -same                       gula-gule

  • Adakah anda menghadapi masalah dalam memahami teks/ucapan yang diujarkan sepenuhnya dalam dialek Kedah?
JAWAPAN BILANGAN
YA 6
TIDAK 4

Bagi soalan 3, seramai 6 orang mempunyai masalah untuk memahami teks atau ucapan yang diujarkan sepenuhnya dalam dialek Kedah dan 4 lagi menyata yang mereka tidak bermasalah untuk memahami dialek Kedah. Dialek Kedah ada bezanya dengan bahasa Melayu biasa, bunyinya yang berlainan dan kosa katanya agak berbeza daripada bahasa lain. Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kesusahan untuk seseorang memahami dialek Kedah

  • Apakah persepsi anda tentang seseorang yang bertutur dengan menggunakan dialek Kedah ?
JAWAPAN BILANGAN
LUCU 5
MENAKUTKAN 0
KASAR 3
MENYENANGKAN 2
BIASA SAHAJA 3

Soalan ini tidak mengehadkan pilihan jawapan, jadi responden bebas memberi pandangan mereka mengenai dialek Kedah. Sebanyak 5 undian menyatakan yang dialek Kedah merupakan satu dialek yang lucu. 2 undian menyatakan yang dialek Kedah ini menyenangkan dan undian bagi dialek Kedah sebagai dialek yang kasar adalah sebanyak 3 undian. 3 undian lagi bersetuju dialek Kedah merupakan dialek yang biasa sahaja. Tiada undian bagi menyokong pernyataan yang dialek Kedah merupakan dialek yang menakutkan.

  • Antara perkataan yang berikut, yang manakah kata kerja dalam dialek Kedah ?
JAWAPAN BILANGAN
TOYU 1
TOI 0
TOY 0
TIDAK PASTI 9

Bagi soalan ini,penkaji ingin menguj responden mengenai kosa kata dialek Kedah. 9 orang responden menyatakan yang mereka tidak pasti akan jawapan kepada soalan ini dan seorang responden menjawap TOYU sebagai jawapannya. Sebenarnya, kata kerja dalam dialek Kedah ialah perkataan TOI, atau bahasa bakunya TUIL. Perkataan TOYU merujuk kepada KICAP jika di Kedah dan TOY pula merujuk kepada permainan tradisional GALAH PANJANG.

  • Menurut pengalaman anda, bagaimanakah perkataan ” khabar ” diujarkan dalam dialek Kedah ?
JAWAPAN BILANGAN
“KHABA” 0
“KOBA” 1
“KHABAQ” 9
“KABO” 0
TIDAK PASTI 0

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden, 9 jawapan mengatakan yang ‘khabar” dalam dialek Kedah diujarkan sebagai ‘Khabaq” dan lebihannya mengatkan ‘koba’. Jawapan sebenarnya adalah ‘khabaq’. Hal in demikian kerana dialek Kedah sangat sinonim dengan bunyi “q” bagi menggantikan bunyi getaran “r” .

  • Dialek Kedah sering memendekkan perkataan. Adakah anda tahu tentang kebenaran ini ?
JAWAPAN BILANGAN
YA 3
TIDAK 7

Seramai 7 orang responden menjawab TIDAK bagi soalan ini dan 3 lagi menyatakan YA. Kebenarannya adalah dialek Kedah memang sering memendekkan perkataan.Contohnya : Pergi = piDuduk = dok       Mari = mai

  • Adakah anda berminat untuk mempelajari/mendalami bahasa melayu dialek Kedah ?
JAWAPAN BILANGAN
YA 8
TIDAK 2

Ditanyakan sama ada mereka berminat untuk mempelajari dialek Kedah ini, 8 orang daripada responden menjawab mereka ingin mempelajarinya manakala 2 lagi menjawab tidak.

  • Antara dialek-dialek yang anda ketahui, dialek negeri manakah yang paling tidak disukai untuk didengar ?
JAWAPAN BILANGAN
KELANTAN 4
MELAKA 2
NEGERI SEMBILAN 1
TERENGGANU 1
ORANG ASLI 1
TIADA 1

Bagi soalan ini, seramai 4 responden menjawab Kelantan sebagai dialek yang paling tidak suka didengari. 2 orang menjawab Melaka, dan seorang responden bagi negeri-negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Terengganu dan dialek orang asli. Hanya seorang menjawab tiada bagi soalan ini.

  • Dialek Kedah mempunyai dialek yang seiras dengannya, dialek negeri manakah yang di maksudkan ?
JAWAPAN BILANGAN
PULAU PINANG 8
PERLIS 4
PERAK 0
SELANGOR 0

Dialek yang seiras dengan dialek Kedah adalah dialek Pulau Pinang. Hampir semua perkataannya sama dengan dialek Kedah. Dialek perlis juga ada irasnya tetapi masih dapat dibezakan antara dialek Kedah dan dialek Perlis. Bahagian Perak utara juga sama dialeknya dengan dialek Kedah, tapi komuniti di Perak Utara tidaklah banyak kerana bahagian Perak yang satu lagi menuturkan dialek Perak yang bunyinya jauh berbeza dengan dialek Kedah.

Objektif menjalankan soal selidik ini adalah untuk mendaptkan data mengenai pemahaman responden terhadap dialek Kedah.Daripada soal selidik yang dijalankan,data kajian dapat membantu pengkaji mengetahui tahap pemahaman responden terhadap dialek Kedah. Ini membuatkan pengkaji merasakan kajian mengenai dialek Kedah harus diperbanyakkan bagi mencerahkan lagi pengetahuan umum terhadap dialek ini.

Comments
  1. Rumusan kajian berdasarkan objektif soal-selidik belum anda buat.

Leave a comment