1.2 Latar Belakang Kajian

Posted: March 27, 2012 in 1.0 Pengenalan

Kajian ini berlatar belakangkan sebuah ceramah bertajuk ” Anak Aset ke Syurga atau Neraka” yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal. Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih  dikenali dengan panggilan Ustaz Don dilahirkan pada 14 November 1984 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Qiraat Shoubra,Mesir. Beliau merupakan seorang pensyarah muda di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di samping bergiat sebagai pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor. Di samping itu, Ustaz Don juga mengacarakan slot rancangan “30 Minit bersama Ustaz Don” di TV Al-Hijrah. Beliau yang mempunyai gaya penyampaian yang bersahaja lebih diminati ramai kerana kelainan yang dibawa mampu menarik minat pendengar dan apa yang disampaikan lebih meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh itu,pengkaji mengambil keputusan untuk menjadikan salah satu video ceramahnya sebagai  bahan kajian bagi projek kali ini.

Comments
  1. usaha yang bagus untuk membuat kajian ini kerana akan menarik lebih minat masyarakat untuk mendengar ceramah yang disampaikan beliau

  2. Latar belakang bukan bermaksud latar belakang orang yang dikaji kerana ini merupakan kajian linguistik bukan kajian tentang orang. Latar belakang merujuk kepada sebab yang menyebabkan anda mengkaji aspek linguistik dalam ceramah beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s