Archive for the ‘4.0 Dapatan Kajian’ Category

Dialek Utara 

Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan bahasa standard.

  • Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku. Ianya sedikit berbeza dengan bahasa melayu standard kerana sebutan vokal ‘a’ dihujung kata bahasa melayu standard akan digantikan dengan bunyi vokal ‘e’.

menurut data yang diperoleh dalam perisian Antcont ini,ternyata banyak perkataan yang diujar menggunakan dialek utara bebanding perkataan yang diujar dalam bahasa melayu standard.
  • Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’.

Dalam dialek utara pengucapan “r” dalam bahasa standard adalah q(yang sama dengan bunyi ghain dalam bahasa Arab, dan bunyi ini dalam ilmu Fonetik dinamakan frikatif uvular.)

 

  • bunyi ‘r’ di awal dan di tengah kata digantikan dengan bunyi ‘gh’
Aspek-aspek yang di atas adalah aspek yang ketara dilihat perbezaannya antara dialek utara dengan bahasa Melayu standard atau baku.
Selain aspek-aspek di atas,terdapat beberapa aspek lain yang kewujudannya dilihat sebagai minoriti  dalam ceramah ini. Aspek tersebut ialah :
  • Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia/ya’

 

  • pengguguran huruf ‘h’ jika berada di depan vokal ‘i’

 

  • pengantian konsonan ‘s’ di akhir kata kepada konsonan ‘h’

 

rujuk perkataan berikut :

D.UTARA                     B.MELAYU

berbarih    ———>  berbaris

lepaih         ———>   lepas

nangih        ———>  nangis

teghuih       ———>  terus

 

Banyak lagi aspek perbezaan yang dapat dilihat tetapi ianya tidak begitu jelas dalam kajian video ini seperti aspek pemendekkan kata di mana ustaz Don ada menggunakan perkataan yang dipendekkan seperti :

  • itu           ———->      tu
  • ini            ———->      ni
  • tidak       ———->      dak
  • pergi       ———->      pi
  • duduk     ———->     dok